Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribuan penduduk sudah dipindahkan; Gunung Agung di Bali diramal meletus

Bagaimanapun, penerbangan di lapangan terbang antarabangsa Bali beroperasi seperti biasa dan terdapat sedikit gangguan pada pengendali pelancongan di seluruh pulau itu, kata pihak berkuasa Bali.

Anggaran Waktu Membaca:
Ribuan penduduk sudah dipindahkan; Gunung Agung di Bali diramal meletus
Diterbitkan : 22 Sep 2017 04:35PM Dikemas Kini : 22 Sep 2017 04:37PM

DENPASAR, Indonesia: Ribuan penduduk dipindahkan dari kampung-kampung berhampiran gunung berapi aktif di pulau peranginan Bali di Indonesia.

Demikian menurut para pegawai hari ini (22 Sep), sedang gegaran seismik terus menggegarkan beberapa kawasan dan kepulan asap turut dapat dilihat di ruang udara salah sebuah destinasi pelancongan paling popular di dunia.

Status amaran bagi Gunung Agung di timur Bali adalah 3, hanya satu paras di bawah paras tertinggi, dan pihak berkuasa Bali memberi amaran kepada para pelancong dan penduduk supaya mengelakkan kegiatan perkhemahan atau mendaki gunung dalam radius 6 kilometer (4 batu) dari kawah gunung berapi tersebut.

"Aktiviti gunung berapi masih tinggi dan ada tanda-tanda belerang sudah naik ke permukaan dan menyebabkan gegaran," kata Encik Sutopo Purwo Nugroho dari Agensi Pengurusan Bencana Nasional.

"Tiada kegiatan awam dibenarkan dalam radius yang ditetapkan ini jika berlaku satu letusan," kata Encik Nugroho.

Bagaimanapun, penerbangan di lapangan terbang antarabangsa Bali beroperasi seperti biasa dan terdapat sedikit gangguan pada pengendali pelancongan di seluruh pulau itu, kata pihak berkuasa Bali.

Hampir 6,000 orang sudah dipindahkan sejauh ini dan jumlah itu dijangka meningkat, kata para pegawai.

Sesetengah penduduk di kampung-kampung dekat lereng Gunung Agung berkata bahawa mereka keberakatan untuk meninggalkan tempat itu dengan serta merta. Ada juga yang berkumpul untuk memerhatikan gunung berapi itu, sedang kepulan asap berwarna putih setinggi 3,000 meter (9.840 kaki) di atas permukaan laut dimuntahkan oleh gunung berapi tersebut.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan