Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja Muslim diserang di luar masjid Amerika; dijumpai maut di Virginia

Seorang remaja perempuan Muslim Amerika Syarikat dipukul dan diculik selepas meninggalkan sebuah masjid Virgina pada Ahad (18 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja Muslim diserang di luar masjid Amerika; dijumpai maut di Virginia

(Gambar: Twitter/ @Beautiful_Lova1)

Diterbitkan : 19 Jun 2017 03:38PM Dikemas Kini : 19 Jun 2017 03:44PM

AMERIKA SYARIKAT: Seorang remaja perempuan Muslim Amerika Syarikat dipukul dan diculik selepas meninggalkan sebuah masjid Virginia pada Ahad (18 Jun).

Perkara itu dilakukan seorang lelaki yang kemudian ditangkap pihak polis kerana disyaki melakukan pembunuhan selepas jenazah remaja itu ditemui dalam sebuah kolam, menurut pihak berkuasa.

Serangan itu mencetuskan perasaan sedih dan gerun di kalangan masyarakat Muslim yang sedang berkumpul untuk menunaikan solat di Masjid Persatuan Muslim Daerah All Dulles sekitar 30 batu di luar Washington sempena 10 hari terakhir Ramadan.

Serangan berkenaan berlaku pada awal semalam selepas mangsa dan beberapa rakannya berjalan di luar masjid itu.

Mereka kemudian terlibat dalam satu pertikaian dengan seorang penunggang motosikal di daerah Sterling, menurut Jabatan Polis Daerah Fairfax dalam satu kenyataan.

Ketika itu, pemandu tersebut keluar daripada keretanya dan menyerang remaja perempuan berkenaan, tambah polis.

Remaja tersebut dilaporkan hilang oleh rakan-rakannya yang lari bertempiaran semasa serangan itu dan tidak dapat menjumpainya selepas itu.

Pihak berkuasa mencari mangsa selama berjam-jam di wilayah Fairfax dan Loudoun. 

Sumber : Reuters/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan