Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja dirogol beramai-ramai disiarkan secara ‘live’, 40 penonton gagal hubungi polis

Lima hingga enam lelaki dikenakan dakwaan kerana beramai-ramai merogol seorang remaja. Malah bukan itu sahaja, mereka juga merakam dan menyiarkan perbuatan tersebut secara langsung di laman Facebook.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja dirogol beramai-ramai disiarkan secara ‘live’, 40 penonton gagal hubungi polis

(Gambar hiasan: Merdeka.com)

Diterbitkan : 26 Mar 2017 11:30PM Dikemas Kini : 26 Mar 2017 11:32PM

CHICAGO: Lima hingga enam lelaki dikenakan dakwaan kerana beramai-ramai merogol seorang remaja. Malah bukan itu sahaja, mereka juga merakam dan menyiarkan perbuatan tersebut secara langsung di laman Facebook.

Yang paling mengejutkan, seramai 40 orang yang menonton video 'live' itu, langsung tidak mengambil sebarang tindakan - walaupun untuk menghubungi polis.

Setelah rakaman video insiden rogol beramai-ramai itu disiarkan 'live' di Facebook, keluarga remaja tersebut sudah dipindahkan ke satu tempat yang selamat, lapor laman India Today.

Menurut laporan Chicago Sun Times, pihak berkuasa menawarkan agar remaja itu dan keluarganya dipindahkan kerana mereka sudah mula menerima ancaman.

APA YANG BERLAKU

Insiden yang berlaku pada Isnin (20 Mac) itu mula mendapat perhatian polis apabila ibu remaja berkenaan berjumpa dengan ketua Polis Chicago dan membuat aduan "orang hilang".

Ibunya berkata, remaja itu hilang dari kawasan kejiranan Lawndale pada hari Ahad (19 Mac).

Pada hari Selasa (21 Mac), remaja tersebut dijumpai dan disatukan dengan ibunya. Seorang jurucakap Polis Chicago Anthony Guglielmi berkata, remaja itu dijumpai oleh para pegawai polis Daerah Ogden.

Menurut ibunya, sejak insiden tersebut, keluarganya menerima ancaman di laman Facebook yang menyatakan "mereka akan mendapatkan anak perempuan beliau (mangsa)".

Beliau juga berkata anak-anak jiran tetangga juga mentertawakan keluarganya malah kerap menekan loceng rumah mereka untuk mencari anak perempuan beliau.

Encik Guglielmi berkata polis sudah "memberikan perhatian khusus" terhadap keluarga mangsa dan rumah mereka.

INSIDEN-INSIDEN SEBELUM INI

Pada tahun lalu, tiga lelaki di Amerika Syarikat yang sedang merakam video 'Facebook Live', secara tidak sengaja merakam insiden tembakan terhadap diri mereka sendiri.

Dalam video itu, tiga lelaki boleh dilihat merakam video 'live' sambil mendengar dan menyanyi lagu yang berkumandang di dalam kereta mereka.

Dalam masa lima minit 40 saat rakaman itu, bunyi tembakan boleh didengar. Polis kemudian mengesahkan insiden tersebut.

Video insiden itu kemudian dikongsi online melebihi 1,000 kali.

Satu lagi insiden melibatkan seorang lelaki berusia 28 tahun, yang ditembak semasa sedang merakam saat-saat beliau bersama rakan-rakannya di Chicago menerusi 'Facebook Live'.

Antonio Perkins, bapa tiga orang anak itu sedang merakam video 'live' apabila insiden tembakan itu berlaku, lapor laman India Times. 

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan