Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja 19 tahun ditahan kerana buang bayi

Seorang remaja berumur 19 tahun ditahan selepas didapati membuang bayinya yang baru dilahirkan di Kampung Parit Lubok Darat, Semerah, Batu Pahat tengah malam tadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 19 tahun ditahan kerana buang bayi

Gambar fail. (Gambar: AFP/Philippe Huguen)

Diterbitkan : 23 Sep 2017 10:46PM Dikemas Kini : 23 Sep 2017 10:52PM

JOHOR BAHRU: Seorang remaja berumur 19 tahun ditahan selepas didapati membuang bayinya yang baru dilahirkan di Kampung Parit Lubok Darat, Semerah, Batu Pahat tengah malam tadi (23 Sep).

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa berkata penahanan dilakukan sejurus selepas pihak polis mendapat maklumat daripada orang awam yang menemui bayi berkenaan di tepi beranda rumahnya.

"Suspek melahirkan bayi perempuannya kira-kira 12.30 tengah malam selepas mengalami sakit perut di hadapan sebuah rumah. Selepas itu suspek meninggalkan bayi tersebut di situ dan pulang ke rumahnya dengan uri dan tali pusat bayi itu dibuang pula di tepi rumahnya.

"Pemilik rumah tersebut tidak ada di rumah ketika itu. Apabila pulang ke rumahnya dia mendapati terdapat bayi perempuan di tepi beranda rumahnya dengan berlumurkan darah lalu memaklumkannya kepada polis," katanya.

Encik Abdul Wahib berkata siasatan terperinci mendapati bayi tersebut adalah hasil hubungan sulit suspek bersama teman lelakinya.

Kes disiasat kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat untuk membuangnya.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan