Images
  • spain cocaine
    Polis Sepanyol menunjukkan dadah yang dirampas dari sebuah kontena dari Colombia di perlabuhan Algericas. 

Rampasan terbesar dadah kokain di Sepanyol

ALGECIRAS: Pihak berkuasa Sepanyol berjaya membuat rampasan terbesar dadah kokain di negara itu dalam masa 18 tahun.

Dadah berjumlah lebih 5,800 kilogram itu ditemui di dalam sebuah kontena kapal yang tiba di pelabuhan Algeciras, selatan Sepanyol.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri Sepanyol menyatakan kapal itu membawa pisang dari Colombia untuk dihantar ke sebuah tempat di mana terletak lapangan terbang antarabangsa wilayah Catalonia.

Dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai kira-kira AS$250 juta (S$336 juta).

Sejauh ini pihak berkuasa berjaya menangkap tiga orang.

- REUTERS/MU/sm

Komen Anda?

Top