Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat Singapura antara militan asing terlibat dalam pertempuran dengan tentera Filipina

Pihak berkuasa Filipina mengesahkan militan-militan asing, termasuk warga Indonesia, Malaysia dan Singapura terlibat dalam pertempuran dengan tentera pemerintah di pulau selatan, Mindanao.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 May 2017 09:36PM Dikemas Kini : 27 May 2017 02:17PM

MINDANAO: Pihak berkuasa Filipina mengesahkan militan-militan asing, termasuk warga Indonesia, Malaysia dan Singapura terlibat dalam pertempuran dengan tentera pemerintah di pulau selatan, Mindanao.

Mereka antara 13 anggota pengganas yang terbunuh dalam pertempuran hebat yang berterusan di Marawi meskipun undang-undang tentera sedang berkuatkuasa.
Peguamcara Negara Filipina, Jose Calida berkata:"Betul. Ada militan dari Malaysia, Indonesia, dari Singapura dan militan-militan asing yang lain."

Ditanya wartawan jika beliau mengesahkan ada pengganas asing di Marawi sekarang ini?

Demikian jawapan Encik Calida: "Ya, dan itu membimbangkan. Sebelum ini hanya ada kumpulan pengganas tempatan tetapi sekarang mereka mengikut ideologi, mereka menyokong ideologi ISIS dan mereka telah mengikrarkan taat setia kepada ISIS."

Pengakuan tersebut mengesahkan buat pertama kalinya tentang penglibatan orang asing dalam perjuangan kumpulan militan negara itu.

Keganasan bermula di bandar Marawi sejak Selasa lalu apabila pasukan keselamatan Filipina meletupkan bom yang disasarkan terhadap militan yang sedang berkubu di bandar tersebut.

Sekurang-kurangnya 46 orang mati, termasuk 31 militan.

Menyusuli pertempuran itu, lebih 200,000 penduduk diarah meninggalkan bandar tersebut dan ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sementara.

Para pekerja penyelamat mengatakan bekalan makanan semakin berkurangan dan ruang yang terbatas menyebabkan ramai kanak-kanak jatuh sakit.

Berikutan keganasan itu, Presiden Filipina Rodrigo Duterte menguatkuasakan undang-undang tentera di pulau Mindanao dan memberi amaran akan meluaskan perintah tersebut ke seluruh negara, jika perlu.  

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan