Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat S'pura yang hilang di gunung Hokkaido ditemui selamat

Seorang wanita yang dipercayai rakyat Singapura, bersama tiga orang lagi yang hilang di Gunung Asahidake yang bersalju, puncak tertinggi di Hokkaido, ditemui dengan selamat tengah hari tadi (18 Okt), menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat S'pura yang hilang di gunung Hokkaido ditemui selamat

Gambar Gunung Asahidake. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 18 Oct 2017 09:18PM Dikemas Kini : 18 Oct 2017 09:28PM

ASAHIKAWA: Seorang wanita yang dipercayai rakyat Singapura, bersama tiga orang lagi yang hilang di Gunung Asahidake yang bersalju, puncak tertinggi di Hokkaido, ditemui dengan selamat tengah hari tadi (18 Okt), menurut polis.

Keempat-empat mereka - satu pasangan Jepun dan dua lagi warga Asia - akan dipindahkan ke hospital lewat hari ini.

Polis menerima panggilan kecemasan oleh seorang lelaki Jepun pada 7.35 malam semalam (17 Okt) yang mengatakan mereka sesat semasa turun dari puncak gunung.

Seorang wanita pula, yang mengatakan beliau warga Singapura, menghubungi polis awal pagi ini , dan mengatakan keempat-empat mereka selamat. Namun begitu, polis kemudiannya tidak boleh menghubungi mereka.

Seorang daripada kumpulan tersebut tidak boleh berjalan, kerana mungkin menghadapi hypothermia.

Pasangan dari Jepun itu, Masahiko Kato berusia 71 tahun dari Yokohama dan isterinya Yumiko berusia 65 tahun mula mendaki gunung pada pagi Selasa. Mereka kemudiannya berputus asa untuk mencapai puncak kerana keadaan cuaca yang buruk dan sesat semasa turun apabila hari semakin gelap.

Pasangan Jepun itu terjumpa wanita Singapura dan lelaki Malaysia yang dipercayai 20-an tahun di gunung, menurut pihak polis sambil mengatakan bahawa mereka bermalam di gunung tanpa khemah dalam keadaan kesejukan.

Encik Kato mendedahkan kepada polis pada malam Selasa mereka berada berdekatan sebatang sungai di peringkat ketujuh gunung tersebut.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan