Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat S'pura antara 51 lelaki diberkas dalam serbuan 'spa gay' di Jakarta

Seorang warga Singapura adalah antara lapan warga asing yang dicekup polis Indonesia dalam satu sebuan pihak berkuasa di "gay spa" di Jakarta lewat Jumaat lalu (6 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat S'pura antara 51 lelaki diberkas dalam serbuan 'spa gay' di Jakarta

Gambar fail seseorang digari. (Gambar/TODAY)

Diterbitkan : 09 Oct 2017 04:19PM Dikemas Kini : 09 Oct 2017 04:21PM

JAKARTA: Seorang warga Singapura adalah antara lapan warga asing yang dicekup polis Indonesia dalam satu sebuan pihak berkuasa di "gay spa" di Jakarta lewat Jumaat lalu (6 Okt).

Kesemuanya 51 lelaki termasuk ditahan dalam serbuan tersebut dan mereka boleh dipenjara sehingga enam tahun di bawah undang-undang pornografi dan pelacuran.

Pemberkasan tersebut merupakan antara tindakan terbaru pihak polis negara itu terhadap kelab-kelab gay tahun ini yang menimbulkan tanda tanya berkenaan sikap toleransi di Indonesia.

Homoseksual dianggap sah di Indonesia secara umumnya, kecuali di Aceh di mana undang-undang Islam diterapkan dan dua lelaki sudahpun dirotan di khalayak ramai.

Selain seorang warga Singapura, antara warga asing lain yang dicekup di Jakarta Pusat termasuklah empat warga China, seorang warga Thailand, seorang warga Malaysia dan seorang lagi warga Belanda. Namun demikian, warga-warga asing ini tidak akan dijatuhkan hukuman, menurut jurucakap polis Argo Yuwono kepada Reuters pada Sabtu lalu (7 Okt).

Apabila ditanya apakah yang sedang dilakukan suspek-suspek tersebut semasa dicekup, Encik Argo mengatakan suasana gelap pada masa itu.

"LGBT jelas adalah hubungan antara lelaki dan lelaki ataupun hubungan sama jantina. Pelacuran lelaki," kata Encik Argo tanpa memberikan penjelasan lanjut. Beliau mengatakan mereka yang dijatuhkan hukuman boleh dipenjara sehingga enam tahun di bawah undang-undang pornografi Indonesia.

"Terdapat juruwang dan pengurus, dan mereka yang berkhidmat memberikan tuala dan barangan-barangan lain," kata beliau.

Para aktivis menyatakan sasaran polis terhadap hubungan seksual gay yang dipersetujui merupakan satu tindakan diskriminasi terhadap negara demokratik ketiga terbesar di dunia.

Encik Andreas Harsono, pengkaji bagi Pemantau Hak Asasi Manusia di Jakarta mendedahkan tindakan diskriminasi oleh pihak polis terhadap golongan LGBT di Indonesia.

"Jika mereka menyerbu (kelab ini) kerana mereka gay, ia merupakan penyalahgunaan kuasa," kata beliau dan turut menambah bahawa tiada undang-undang yang menentang homoseksual selagi mana hubungan tersebut dipersetujui semua pihak.

"Jika tiada mangsa, dengan itu tiada jenayah," ujar beliau.

Pihak polis seringkali menggunakan undang-undang pornografi untuk "menjenayahkan" kes-kes sebegini, tetapi undang-undang tersebut adalah bermasalah, kata Encik Andreas. Beliau turut mendedahkan bahawa orang ramai boleh dijatuhkan hukuman jika didapati barangan pornografi dalam telefon mereka.

"Bayangkan jika semua orang di Indonesia diperiksa, berapa ratusan juta orang akan dipenjara?"

Pada bulan Mei lalu, para pegawai menahan 141 lelaki dalam satu serbuan di sauna Atlantis, yang didakwa satu sindiket pelacuran gay di Jakarta yang rumah kepada "spa" heteroseksual.  

Sumber : Today/REUTERS/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan