Images
  • school closure tebing barat
    Kedai-kedai di Tebing Barat ditutup hari ini (7 Dis). 

Rakyat Palestin tutup sekolah, kedai sebagai tanda bantah keputusan Trump

PALESTIN: Di wilayah Palestin, semua sekolah dan kedai di Tebing Barat ditutup hari ini (7 Dis) sebagai tanda membantah keputusan Presiden Trump mengiktiraf secara rasmi Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Kawasan tebing barat itu biasanya sibuk menjelang sambutan Krismas.

Di Baitulaham, para penunjuk perasaan keluar ke jalan-jalan raya untuk membantah tindakan Presiden Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Pasukan Pertahanan Israel dilaporkan melepas beberapa das tembakan gas pemedih mata untuk meleraikan para penunjuk perasaan.

Di Lubnan, ratusan pelarian Palestin turut berkumpul untuk melahirkan kekecewaan terhadap langkah Amerika itu.

Rakyat Palestin di Gaza juga dilaporkan membakar gambar-gambar Presiden Trump.

Keputusan Presiden Trump dilihat sebagai menyebelahi pihak Israel yang menyatakan bahawa ia tidak akan menyerahkan sebarang bahagian bandar tersebut.  

- APTN/Agensi berita/AA/aq

Komen Anda?

Top