Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat Britain peringati mangsa serangan London; tidak akan tunduk kepada pengganasan

Beratus-ratus orang memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa serangan pengganas di luar Bangunan Parlimen Britain di tengah London pada Khamis (23 Mac), sehari selepas empat orang maut dan berpuluh-puluh yang lain cedera.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Britain peringati mangsa serangan London; tidak akan tunduk kepada pengganasan

Orang ramai berhimpun di Trafalgar Square di London. (Gambar: AP Photo/Matt Dunham)

Diterbitkan : 24 Mar 2017 07:31AM Dikemas Kini : 24 Mar 2017 07:35AM

LONDON: Beratus-ratus orang memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa serangan pengganas di luar Bangunan Parlimen Britain di tengah London pada Khamis (23 Mac), sehari selepas empat orang maut dan berpuluh-puluh yang lain cedera.

Datuk Bandar London Sadiq Khan memimpin penghormatan tersebut di Trafalgar Square yang dikawal ketat oleh polis dan beliau berikrar bahawa "penduduk London tidak akan tunduk kepada pengganasan" setelah seorang lelaki Britain berusia 52 tahun melancarkan serangan di Westminster.

Berdiri bersebelahan dengan Setiausaha Dalam Negeri Amber Rudd dan Craig Mackey, pemangku pesuruhjaya Polis Metropolitan London, Encik Khan menyalakan lilin, yang kemudian turut diikuti oleh orang ramai yang berhimpun di dataran terkenal itu.

Seorang lelaki yang membawa bendera Union Jack Britain adalah di kalangan mereka yang menyalakan lilin yang diletakkan di atas pasir, manakala yang lain menaburkan bunga di dataran tersebut.

Mesej-mesej yang menentang pengganasan juga dibawa ke kawasan tersebut, termasuk sepanduk yang bertulis "Kebencian tidak akan memecah-belahkan kita" dan "Kami tidak takut" yang ditulis di lantai.

Sumber : AFP/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan