Images
  • Raja Salman
    Raja Arab Saudi, Raja Salman. (Gambar fail: BANDAR ALGALOUD / SAUDI ROYAL PALAC / AFP)

Raja Saudi dan rombongon belanja S$31 juta semasa cuti di Bali

DENPASAR: Raja Arab Saudi dan rombongannya seramai 1,500 orang dianggarkan menghabiskan sejumlah Rp 300 bilion (S$31.7 juta) semasa percutian mereka selama lapan hari di Bali.

Menurut Jakarta Globe, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan rombongannya, termasuk 25 putera dan 14 menteri, menginap di pelbagai resort mewah.

Ini seperti St. Regis Bali Resort, The Mulia Resort & Villas Nusa Dua, Hilton Bali Resort, The Laguna Resort & Spa Nusa Dua serta Hotel Bvlgari Resort di Uluwatu, yang terkenal dengan kuil Hindunya yang berlatarbelakangkan laut indah.

Bahkan, pihak berkuasa Bali berkata raja Saudi itu meninggalkan Bali pada Ahad lalu (12 Mac) dengan bagasi-bagasi seberat 16.6 tan.

Ini termasuk 6 tan barangan-barangan yang dibeli beliau dan rombongannya itu di pulau peranginan tersebut.

“Kami menganggarkan bahawa Rp 300 bilion (S$31.7 juta) dibelanjakan semasa percutian ini,” kata ketua Agensi Pelancongan Bali, Anak Agung Gede Yuniartha seperti ditukil Jakarta Globe.

Ia termasuk wang yang dibelanjakan untuk menginap di bilik-bilik hotel mewah, menyewa kereta-kereta mewah, kunjungan ke tempat-tempat pelancongan dan membeli-belah, katanya.

Beliau menambah, pulau Bali mendapat manfaat ekonomi yang amat positif daripada kunjungan raja Saudi, malah raja itu juga membeli banyak barangan kraftangan tradisional Bali.

- Agensi berita/nd

Komen Anda?

Top