Images
  • raja muda kedah
    Raja Muda Kedah Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah. (Gambar: BERNAMA)

Raja Muda Kedah dimasyhur sebagai Sultan Kedah yang baru

ALOR SETAR: Raja Muda Kedah Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang ke-29 menggantikan abangnya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Ahmad Bashah Md Hanipah di Istana Anak Bukit di Malaysia hari ini (12 Sep) setelah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja.

Almarhum Sultan Abdul Halim mangkat pada 2.30 petang semalam (11 Sep) di istana tersebut.

Perkara Sembilan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan pelantikan untuk menaiki takhta kerajaan negeri Kedah ditetapkan Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja yang turut dianggotai menteri besar sebagai Yang Dipertua majlis berkenaan.

Setelah dimasyhurkan, Pengelola Bijaya Diraja/Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah Syed Unan Mashri Syed Abdullah kemudiannya menghadap Tunku Sallehuddin untuk mengiringi beliau ke singgahsana yang terletak di Dewan Penghadapan.

- BERNAMA/NA/ru

Komen Anda?

Top