Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Raja Bomoh cuba 'lindungi' M'sia daripada serangan nuklear Korea Utara

"Raja Bomoh Sedunia" Malaysia, menawarkan khidmatnya untuk membantu melindungi negara itu daripada serangan nuklear Korea Utara.

Anggaran Waktu Membaca:
Raja Bomoh cuba 'lindungi' M'sia daripada serangan nuklear Korea Utara

Petikan skrin dari video.

Diterbitkan : 13 Mar 2017 08:44AM Dikemas Kini : 13 Mar 2017 08:51AM

PETALING JAYA: "Raja Bomoh Sedunia" Malaysia, menawarkan khidmatnya untuk membantu melindungi negara itu daripada serangan nuklear Korea Utara.

Menurut laporan mStar, rakaman video selama tiga minit 18 saat yang memaparkan Ibrahim Mat Zin sedang melakukan satu upacara di pantai, sudahpun menjadi tular.

Beliau turut menggelar dirinya 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' dengan panggilan Datuk Mahaguru.

Video tersebut menunjukkan Ibrahim dan tiga pembantunya berada di pantai dengan memegang dua biji kelapa, dua batang kayu yang dijadikan teropong, lima meriam buluh, sejadah dan semangkuk air laut, lapor mStar.

"Upacara kali ini adalah untuk melindungi Malaysia daripada sebarang ancaman atau serangan dari negara-negara lain terutama Korea Utara," kata Ibrahim.

"Selain itu, upacara ini juga untuk melembutkan hati pemimpin Korea Utara supaya melepaskan 11 rakyat Malaysia dengan segera dan menyelesaikan situasi sekarang (pembunuhan Kim Jong-nam) " katanya.

Menjelaskan penggunaan meriam buluh, beliau berkata upacara tersebut bukan untuk mencetus provokasi bagi sebarang pihak tetapi merupakan peringatan bahawa konflik berkenaan akan diselesaikan tidak lama lagi, menurut petikan laporan mStar.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan