Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Raja Bahrain lakukan lawatan 4 hari ke M'sia

Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa tiba di Malaysia malam tadi (30 Apr) sempena lawatan sulung beliau ke negara itu selama empat hari sehingga Rabu (3 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Raja Bahrain lakukan lawatan 4 hari ke M'sia

Raja Bahrain, Raja Hamad Bin Isa Al Khalifa tiba di Malaysia dan disambut oleh Datuk Seri Hishamuddin Hussein (kanan). (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 01 May 2017 08:39AM Dikemas Kini : 01 May 2017 08:44AM

SEPANG: Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa tiba di Malaysia malam tadi (30 Apr) sempena lawatan sulung beliau ke negara itu selama empat hari sehingga Rabu (3 Mei).

Pesawat yang membawa beliau dan delegasinya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada pukul 11.30 malam.

Ketibaan beliau disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Lawatan tersebut adalah atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dan yang pertama dilakukan ketua negara itu sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik pada 1974.

Raja Bahrain naik takhta pada 6 Mac 1999.

Lawatan itu merupakan sebahagian daripada siri lawatan beliau ke negara di rantau Asia Tenggara dan beliau dijangka ke Brunei selepas Malaysia.

Sempena lawatan itu, Raja Hamad akan bertemu dengan Sultan Muhammad V dan diberikan sambutan negara di Parlimen hari ini (1 Mei) dan kemudian diraikan dalam Majlis Jamuan Negara di Istana Negara.

Raja Hamad dijadual bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, Putrajaya esok (2 Mei) dan pada sebelah malam beliau dan delegasinya akan diraikan dalam Majlis Jamuan Malam Rasmi.

Raja Bahrain dan Najib dijangka menyaksikan penandatanganan beberapa memorandum persefahaman (MoU) termasuk perjanjian mengenai perkhidmatan udara dan kerjasama pertahanan.

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan