Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putera Saudi ditangkap atas arahan Raja Salman kerana dera rakyat

Polis Riyadh menangkap seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi yang mendera rakyatnya secara lisan dan fizikal dalam sebuah video yang disebarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Putera Saudi ditangkap atas arahan Raja Salman kerana dera rakyat

Raja Arab Saudi Raja Salman. (Gambar: Saudi Press Agency/Handout via REUTERS)

Diterbitkan : 20 Jul 2017 04:42PM Dikemas Kini : 20 Jul 2017 04:46PM

JEDDAH: Polis Riyadh menangkap seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi yang mendera rakyatnya secara lisan dan fizikal dalam sebuah video yang disebarkan.

Video tersebut sudahpun menular sejak beberapa hari lalu.

Penangkapan itu dijalankan atas arahan Raja Arab Saudi, Raja Salman, yang mengeluarkan waran segera terhadap Putera Saud bin Abdulaziz bin Musaed bin Saud bin Abdulaziz Al Saud dan hukuman penjara bagi setiap individu yang terlibat dalam tingkah laku berbaur penderaan terhadap rakyatnya itu.

Menurut laporan media tempatan, arahan raja Arab Saudi itu menyatakan bahawa tiada seorang pun yang dituduh akan dibebaskan sehingga penjelasan mangsa dan penyerang didengar dan peraturan mahkamah dikeluarkan.

Arahan raja itu menekankan bahawa undang-undang tersebut harus dikuatkuasakan ke atas semua individu, dan bahawa perlindungan yang sama akan diberikan kepada semua rakyat di bawah undang-undang tersebut, tanpa mengira pangkat.

Sebilangan besar warga Arab Saudi meraikan berita itu sambil mengongsikan video yang dibocorkan itu, di mana ia seperti menunjukkan Putera Saud diberkas pada lewat malam semalam, lapor Arab News.

Sejak beberapa hari lalu, rakaman yang menunjukkan tindakan kesat yang dilakukan oleh Putera Saud dan sebilangan penolongnya disebarkan dan mencetuskan kemarahan.

Ini bukan kali pertama di mana tindakan guaman diambil dengan pantas dan secara terbuka terhadap seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi.

Pada Oktober lalu, Kementerian Dalam Negeri menyatakan Putera Turki bin Saud bin Turki bin Saud Al-Kabeer didakwa pada Selasa di Riyadh kerana membunuh Adel bin Suleiman bin Abdulkareem Al-Muhaimeed, juga seorang rakyat Arab Saudi.

Menurut kenyataan kementerian pada ketika itu, putera tersebut menembak mati Al-Muhaimeed semasa perkelahian beramai-ramai, menurut Arab News.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan