Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pusat tahfiz terbakar: Guru yang maut baru seminggu bernikah

Tiada yang lebih memilukan buat Noor Fatihah Osman, apabila suami yang baru dinikahinya minggu lepas pergi buat selamanya selepas maut dalam kebakaran di pusat tahfiz  Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, awal pagi tadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat tahfiz terbakar: Guru yang maut baru seminggu bernikah

Ahli keluarga yang sedang menunggu berita di luar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. (Gambar: REUTERS/Lai Seng Sin)

Diterbitkan : 14 Sep 2017 04:29PM Dikemas Kini : 14 Sep 2017 04:34PM

KUALA LUMPUR: Tiada yang lebih memilukan buat Noor Fatihah Osman, apabila suami yang baru dinikahinya minggu lepas pergi buat selamanya selepas maut dalam kebakaran di pusat tahfiz  Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, awal pagi tadi.

Suaminya Mohd Amirul Nizam Sukarno, 25 tahun, adalah guru yang juga warden di pusat tahfiz berkenaan.

Bagaimanapun, wartawan gagal mendapatkan respons daripada Noor Fatihah, 23 tahun, berhubung tragedi itu.

Beliau menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 6.00 pagi, sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Sementara itu, ibu saudara Noor Fatihah, Asmah Yaakob, 50 tahun, ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian berkata pemergiannya Allahyarham amat memberi kesan terhadap keluarganya.

"Kami sekeluarga amat rapat dengan arwah. Pemergiannya amat kami rasai. Kali terakhir saya bertemu Amirul ketika majlis perkahwinannya di Kelantan minggu lepas," kata beliau.

Menurut Cik Asmah, Encik Mohd Amirul Nizam seorang yang peramah dan sentiasa mengambil berat terhadap orang lain. Beliau akan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

Beliau berkata pada kebiasaannya, Allahyarham akan menghubungi Cik Noor Fatihah yang sedang mengikuti pengajian hadis di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan setiap hari. 

"Namun hari ini beliau tidak membuat sebarang panggilan kepada Noor Fatihah. Isterinya yang tidak sedap hati cuba beberapa kali menghubungi suaminya, namun panggilan itu tidak dijawab," katanya.

Insiden yang berlaku di bangunan tiga tingkat itu meragut nyawa 22 pelajar dan dua guru di pusat tahfiz terbabit.

Sumber : Bernama/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan