Puluhan ribu warga Thai nyanyi lagu kebangsaan peringati raja
Puluhan ribu warga Thailand berkumpul di luar Istana Besar di ibu kota Bangkok hari ini (22 Okt) untuk menyanyikan lagu kebangsaan DiRaja bagi memperingati mendiang Raja Bhumibol Adulyadej.
BANGKOK: Puluhan ribu warga Thailand berkumpul di luar Istana Besar di ibu kota Bangkok hari ini (22 Okt) untuk menyanyikan lagu kebangsaan DiRaja bagi memperingati mendiang Raja Bhumibol Adulyadej.
Rakaman lagu itu akan menggantikan lagu sedia ada bagi mencerminkan perkabungan negara Thai selama setahun.
Hampir 40,000 askar sudah dikerahkan untuk memastikan keselamatan di kawasan luar Istana Besar.
Rakyat Thai kini berpakaian hitam atau putih sebagai tanda berkabung atas kematian Raja Bhumibol pada 13 Oktober. Mendiang meninggal dunia di hospital pada usia 88 tahun.
Sementara itu, perlawanan kelayakan bola sepak Piala Dunia antara Thailand dengan Australia bulan depan akan tetap diadakan di Bangkok.
Tetapi para penyokong bola sepak perlu memakai baju hitam, putih atau warna gelap lain. Penggunaan sepanduk, bendera dan alat sorakan bagaimanapun tidak akan dibenarkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.