Images
  • Tsai Ing-Wen (1)
    (Gambar: SAM YEH / AFP)

Presiden Tsai Ing-wen janji akan pertahan nilai kebebasan dan demokrasi Taiwan

TAIPEI: Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen berkata sikap muhibah dan janji pemerintahnya kepada China tidak berubah.

Dalam masa yang sama Cik Tsai menegaskan pemerintahnya akan mempertahankan nilai-nilai kebebasan dan demokrasi Taiwan.

Presiden Tsai membuat kenyataan itu di upacara Perbarisan Hari 10 Berganda hari ini.

Inilah kali kedua Cik Tsai memimpin Hari Kebangsaan Taiwan.

Hubungan Taiwan dengan China kembali bermasalah sejak Cik Tsai menjadi Presiden pada Mei tahun lalu.

Ramai penduduk Taiwan kini prihatin tentang masa depan pulau mereka.

China membekukan hubungan rasmi dengan Taiwan kerana Presiden Tsai enggan menerima kata sepakat yang dipersetujui kedua-dua pihak dalam tahun 1992.

Kata sepakat itu berdasarkan pada prinsip "Satu China".

Beijing menganggap Taiwan sebagai wilayahnya yang memberontak tetapi akhirnya akan disatukan semula dengan China jika terpaksa menerusi kekerasan.

Pada masa lalu, Cik Tsai berulang kali menyeru China supaya mengadakan dialog dengan Taiwan.

Dalam upacara ini juga, beliau mengulangi seruannya kepada Beijing agar kedua-dua pihak merundingkan model baru dalam menguruskan hubungan dua hala.

Komen Anda?

Top