Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Moon janji batal rancangan bina loji nuklear baru

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in berjanji akan membatalkan semua rancangan untuk membina loji-loji daya tenaga nuklear yang baru di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jun 2017 06:30PM Dikemas Kini : 19 Jun 2017 09:31PM

BUSAN: Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in berjanji akan membatalkan semua rancangan untuk membina loji-loji daya tenaga nuklear yang baru di negara itu.

Presiden Moon menegaskan pendiriannya itu di upacara menutup sama sekali loji nuklear pertama Korea Selatan, Kori-1, siang tadi (19 Jun).

Loji nuklear itu dibina 40 tahun lalu dan keputusan untuk menutupnya dibuat dua tahun lalu.

Selain membatalkan rancangan untuk membina loji-loji nuklear baru, Presiden Moon turut berikrar tidak akan melanjutkan tempoh hayat reaktor-reaktor yang hampir tamat.

Menurut Presiden Moon pemerintahnya mahu membina negara Korea Selatan yang "bebas nuklear dan bebas arang batu", seperti janjinya semasa berkempen dahulu.

Korea Selatan merupakan pengeluar tenaga elektrik nuklear kelima terbesar di dunia.

Loji-loji nuklearnya membekalkan lebih 30 peratus keperluan tenaga elektrik tempatan.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan