Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Korea Selatan beri amaran; mungkin berlaku pertempuran dengan Korea Utara

Presiden Korea Selatan Moon Jae-In memberi amaran tentang kemungkinan besar berlaku pertempuran dengan tentera Korea Utara di kawasan sempadan bersama.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 May 2017 08:18PM Dikemas Kini : 17 May 2017 09:23PM

SEOUL: Presiden Korea Selatan Moon Jae-In memberi amaran tentang kemungkinan besar berlaku pertempuran dengan tentera Korea Utara di kawasan sempadan bersama.

Semasa melawat askar-askarnya, Presiden Moon berkata program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara maju begitu pesat.

Presiden Moon menambah beliau tidak dapat menerima sama sekali sebarang bentuk provokasi ataupun ancaman nuklear dari Pyongyang.

Amaran itu dikeluarkan hanya beberapa jam selepas pemerintah Seoul menyatakan ia sedang menimbangkan pendekatan serampang dua mata dalam urusannya dengan Korea Utara.

Pendekatan itu meliputi dialog dengan Pyongyang dan juga sekatan terhadap Korea Utara.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan