Images
  • thai pm
    Gambar fail Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha. (Gambar: REUTERS/Chaiwat Subprasom)

Polis Thai berjaya bongkar pakatan bunuh perdana menteri

BANGKOK: Polis Thailand menyatakan pada Ahad (19 Mac) bahawa ia berjaya membongkar pakatan untuk membunuh perdana menteri negara itu setelah merampas senjata milik seorang aktivis pelarian yang anti-kerajaan tentera negara tersebut.

Ini selepas pihak berkuasa merampas senjata milik seorang aktivis pelarian yang menganggotai gerakan Baju Merah, yang setia kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang hidup dalam buangan.

Pada Sabtu, polis menjumpai berpuluh-puluh senapang dan bom tangan, dan beribu-ribu butir peluru, di rumah milik pemimpin baju merah Wuthipong Kochathamakun, yang masih diburu pihak berkuasa sejak rampasan kuasa tentera.

Polis turut menangkap sembilan lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan rampasan senjata itu, sambil menegaskan bahawa pihaknya mempunyai bukti nyata yang para suspek merancang untuk mencetuskan kacau-bilau di negara itu.

Prayuth, yang ketika itu adalah panglima tentera menyingkirkan kerajaan pimpinan adik Thaksin, Yingluck, melalui rampasan kuasa yang dilancarkan pada 2014.

Pihak berkuasa menjumpai berpuluh-puluh senjata milik kumpulan-kumpulan yang dipercayai masih setia kepada keluarga Shinawatra. 

- Reuters/im

Komen Anda?

Top