Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia tahan 6 lelaki disyaki ada kaitan dengan ISIS

Polis Malaysia menahan enam lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan kumpulan pengganas ISIS.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia tahan 6 lelaki disyaki ada kaitan dengan ISIS

Polis Malaysia menangkap seorang suspek yang ada kaitan dengan ISIS. (Gambar: Malaysia Police Counter Terror Division)

Diterbitkan : 27 May 2017 03:46PM Dikemas Kini : 27 May 2017 03:47PM

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia menahan enam lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan kumpulan pengganas ISIS dalam operasi di beberapa negeri antara 23 hingga 26 Mei, menurut kenyataan media polis yang dikeluarkan hari ini (27 Mei).

Antara mereka yang ditangkap adalah seorang penternak lembu di Kelantan, Muhammad Muzafa Arieff Junaidi, yang menyerah diri selepas polis mengeluarkan kenyataan meminta kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat.

Polis percaya Muzafa menusup masuk ke selatan Thailand selepas terlibat dalam penyeludupan senjata api untuk digunakan kumpulan militan di Malaysia.

Polis juga menahan dua beradik - seorang guru agama di Perak dan seorang peniaga online di Kedah - kerana disyaki menyokong kegiatan dan membantu pergerakan ISIS di Syria.

Dua beradik itu dikesan sering berhubungan dengan saudara juga iaitu Muhammad Fudhail Omar yang berada di Syria.

Pihak berkuasa percaya Muhd Fudhail mengarahkan seorang anggota ISIS di Sabah untuk melancarkan serangan di negeri itu pada 4 Ogos tahun lalu. .

Muhd Fudhail dipercayai akan mengambil alih peranan Muhammad Wanndy Mohammad Jedi, seorang warga Malaysia yang terbunuh dalam serangan di Syria, April lalu.

Tangkapan terbaru ini menyusuli penahanan enam suspek ISIS pada awal bulan ini, semuanya merupakan warga Malaysia. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan