Images
  • khalid abu bakar
    Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar. (Gambar: REUTERS/Athit Perawongmetha)

Polis M'sia masih cari lebih ramai orang terbabit dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia sedang mencari lebih ramai orang yang disyaki terbabit dalam pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Mereka termasuk sekurang-kurangnya "satu orang penting".

Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan memberikan perincian lanjut.

Malaysia sedang memburu lapan rakyat Korea Utara untuk disoal siasat berhubung pembunuhan mendiang Jong-nam di Lapangan Terbang KLIA2 bulan lalu.

"Memang saya tidak menafikan memang ada lagi orang-orang Korea Utara yang terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-nam. Kita akan menggunakan saluran-saluran yang mengikut undang-undang untuk kita mendapatkan mereka," kata Tan Sri Khalid. 

- Reuters/im

Komen Anda?

Top
>