Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis lepaskan tembakan ke udara suraikan penunjuk perasaan di Myanmar

Mereka melarikan diri daripada operasi besar-besaran membanteras pemberontakan yang dijalankan oleh tenteranya sebagai tindak balas terhadap serangan-serangan yang dilancarkan oleh Rohingya pada 25 Ogos.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis lepaskan tembakan ke udara suraikan penunjuk perasaan di Myanmar

Pelarian Rohingya. (Gambar: Munir Uz Zaman/AFP)

Diterbitkan : 22 Sep 2017 04:04PM Dikemas Kini : 22 Sep 2017 04:15PM

SITTWE, Myanmar: Para penunjuk perasaan yang juga penganut Buddha di Myanmar melontar bom petrol sebagai percubaan untuk menyekat bantuan daripada dihantar kepada penduduk Muslim di wilayah Rakhine, di mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh tentera negara itu melakukan penghapusan etnik.

Insiden yang berlaku lewat hari Rabu (20 Sep) itu, berakhir setelah polis melepaskan tembakan ke udara untuk menyuraikan para penunjuk perasaan, mencerminkan permusuhan kaum yang semakin memuncak.

Ia berlaku semasa lawatan rasmi oleh Timbalan Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Patrick Murphy.

Menurut Encik Murphy, selepas mengadakan rundingan dengan para pemimpin pemerintah, Washington terkejut dengan laporan-laporan mengenai penyalahgunaan hak dan menggesa pihak berkuasa supaya menghentikan keganasan, yang menimbulkan kebimbangan mengenai peralihan Myanmar dari sebuah pemerintah tentera kepada demokrasi.

Panglima tentera Myanmar semalam (21 Sep) menggesa masyarakat bukan Islam supaya berhenti memberontak dan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Dalam ucapan mengenai rancangannya bagi wilayah Rakhine semasa beliau mengadakan lawatan pertama ke sana sejak keganasan itu tercetus, beliau tidak tidak menyebut tentang sekitar 422,000 Muslim Rohingya yang menyeberangi sempadan untuk ke Bangladesh.

Mereka melarikan diri daripada operasi besar-besaran membanteras pemberontakan yang dijalankan oleh tenteranya sebagai tindak balas terhadap serangan-serangan yang dilancarkan oleh Rohingya pada 25 Ogos.

Ratusan penunjuk perasaan terlibat dalam percubaan untuk menghalang kakitangan Palang Merah daripada memuatkan bot dengan bekalan-bekalan bantuan yang ingin dihantar ke utara wilayah Rakhine, di mana serangan-serangan pemberontak pada bulan lalu mencetuskan tindak balas tentera.

Kapal itu dimuatkan dengan barangan bantuan di sebuah pelabuhan yang terletak di ibu kota Sittwe, menurut pejabat maklumat pemerintah.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan