Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Kanada siasat insiden anti-Islam di masjid Quebec

Polis Quebec sedang menyiasat dalang yang menghantar senaskah kitab Al-Quran yang dimusnahkan ke sebuah masjid di Quebec.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Kanada siasat insiden anti-Islam di masjid Quebec

Orang ramai berbaris dengan bersatu padu di Bandar Quebec, seminggu selepas serangan pada 29 Januari ke atas Pusat Kebudayaan Islam. (Gambar: Alice Chiche / AFP)

Diterbitkan : 20 Jul 2017 08:55AM Dikemas Kini : 20 Jul 2017 09:05AM

QUEBEC: Polis Quebec sedang menyiasat dalang yang menghantar senaskah kitab Al-Quran yang dimusnahkan ke sebuah masjid di Quebec.

Masjid itu juga menjadi tempat di mana seorang penyokong tegar keulungan kulit putih menyebabkan enam maut dalam insiden tembakan pada bulan Januari, menurut jurucakap polis pada Rabu.

Pakej tersebut mengandungi kitab Al-Quran dan mesej kebencian yang dikirimkan melalui pos ke Pusat Kebudayaan Islam Quebec pada Jumaat di kejiranan Sainte-Foy di bandar itu.

Insiden berkenaan berlaku dua hari sebelum satu referendum berhubung tanah perkuburan Islam yang diusulkan di sebuah daerah kecil di luar bandar itu, tetapi tidak didedahkan secara terbuka bagi mengelakkannya daripada mempengaruhi hasil undian tersebut.

Kubur yang diusulkan itu ditolak pada Ahad berdasarkan undian 19 menyokong dan 16 menentangnya.

Sebuah kereta polis turut dikerahkan ke masjid itu bagi menjaga keamanan selepas pakej itu tiba, menurut jurucakap polis Quebec David Poitras.

"Para penyiasat sedang terus berhubungan dengan para pegawai masjid bagi mengenal pasti di mana individu yang menghantar pakej itu berada dan untuk menentukan sama ada satu jenayah sudah dilakukan," dedahnya.

Perdana Menteri Philippe Couillard mengutuk insiden berkenaan sebagai "tindakan pengecut" yang menyasarkan golongan Islam Quebec. "Tiada sesiapa yang layak diperlakukan sebegini rupa," katanya.

Seorang pelajar warga Kanada dengan pandangan keulungan kulit putih melepaskan tembakan ke arah para jemaah semasa solat maghrib di masjid tersebut pada 29 Januari, yang menyebabkan enam orang maut.

Pada tahun lalu, kepala babi ditinggalkan di pekarangan masjid tersebut, dalam insiden yang masih belum dihuraikan, dedah Encik Poitras.

Sumber : AFP/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan