Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Indonesia tangkap suspek susuli letupan bangunan pemerintah Bandung

Polis Indonesia pada Isnin (27 Feb) menangkap seorang suspek menyusuli letupan bom di sebuah bangunan pemerintah di Bandung.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Indonesia tangkap suspek susuli letupan bangunan pemerintah Bandung

Pejabat Daerah Arjuna. (Gambar: Twitter/ArjunaCicendo)

Diterbitkan : 27 Feb 2017 02:35PM Dikemas Kini : 27 Feb 2017 02:39PM

JAKARTA: Polis Indonesia pada Isnin (27 Feb) menangkap seorang suspek menyusuli letupan bom di sebuah bangunan pemerintah di Bandung.

Awal dari itu, kejadian berbalas tembakan turut kedengaran menerusi rakaman televisyen dari luar bangunan di Jawa Barat itu.

Ketua polis Jawa Barat Anton Charliyan berkata bahawa bom tersebut adalah sebuah alat yang "berkuasa rendah".

Laporan agensi berita tempatan Detik turut memetik ketua polis itu sebagai berkata bahawa seorang suspek yang sedang bersembunyi di Pejabat Daerah Arjuna menuntut agar mereka yang ditahan oleh unit anti-pengganasan Densus 88 dibebaskan. Tiada butiran terperinci diberikan.

Indonesia digegarkan dengan beberapa serangan militan dahsyat sejak beberapa tahun lalu, dengan serangan paling berdarah pada 2002 dilaporkan di pulau peranginan Bali yang mengorbankan 202 orang. Kebanyakan mangsa adalah warga asing.

Lewat tahun lalu, sebutir bom meletup di pinggir bandar Jakarta. Tiga suspek terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan anti-pengganas.

Sumber : Reuters/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan