Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis ditikam gara-gara larang lelaki rokok di stesen minyak

Seorang polis cedera pada bahagian peha setelah beliau didakwa ditikam oleh seorang lelaki yang diberitahu supaya jangan merokok di stesen minyak.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis ditikam gara-gara larang lelaki rokok di stesen minyak

(Gambar hiasan: Channel NewsAsia)

Diterbitkan : 21 Apr 2017 09:34AM Dikemas Kini : 21 Apr 2017 09:37AM

SHAH ALAM: Seorang polis cedera pada bahagian peha setelah beliau didakwa ditikam oleh seorang lelaki yang diberitahu supaya jangan merokok di stesen minyak.

Ketua polis Daerah Shah Alam, Shafien Mamat berkata Korporal Mohamad Azli Hashim, 32 tahun, dari Unit Khas Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor, singgah di stesen minyak di Jalan Plumbum, Shah Alam sekitar pukul 9.00 pagi semalam (20 Apr) setelah membawa seorang lagi pegawai menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Shah Alam (HSA).

Beliau berkata mangsa melihat seorang lelaki dalam lingkungan usia 30an, sedang merokok di stesen tersebut dan memberitahu beliau supaya jangan melakukan sedemikian namun suspek tidak mengendahkannya dan berlalu pergi menuju ke arah motosikalnya.

“Kemudian, polis itu mengekorinya sebelum berlaku pergelutan, menyebabkan mangsa ditikam dengan senjata tajam. Suspek kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal dengan nombor pendaftaran BLY1691,” kata Encik Shafien.

Beliau menambah, pegawai polis yang cedera itu dikejarkan ke HSA oleh orang awam dan diberikan rawatan pesakit luar. Polis kini sedang memburu suspek untuk memudahkan siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, menuut Encik Shafien.

Sumber : Bernama/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan