Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Britain gagalkan pakatan pengganasan

Polis Britain mendakwa menggagalkan satu rancangan tindakan pengganasan selepas seorang wanita ditembak semasa polis melakukan serbuan bersenjata di sebuah rumah di kawasan timur laut ibu kota London malam semalam (27 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Britain gagalkan pakatan pengganasan
Diterbitkan : 28 Apr 2017 08:55PM Dikemas Kini : 28 Apr 2017 08:58PM

BRITAIN: Polis Britain mendakwa menggagalkan satu rancangan tindakan pengganasan selepas seorang wanita ditembak semasa polis melakukan serbuan bersenjata di sebuah rumah di kawasan timur laut ibu kota London malam semalam (27 Apr).

Selain membawa senjata, para pegawai polis anti pengganasan turut menggunakan gas CS ketika melakukan serbuan di sebuah rumah kejiranan Willesden ini.

Wanita berusia 20an tahun itu yang cedera parah merupakan dalam kalangan beberapa orang yang sedang disiasat polis.

Seorang pegawai kanan polis anti pengganasan Britain berkata serbuan bersenjata dilakukan di rumah itu berdasarkan maklumat risik yang diperolehi.

Beliau berkata polis juga menangkap lima orang, lelaki dan wanita, di dalam rumah itu.

Seorang lagi wanita, 43 tahun, ditangkap dalam operasi anti pengganas di daerah Kent.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan