Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Australia lumpuhkan sindiket penipuan; timbalan pesuruhjaya turut terbabit

Polis Australia melumpuhkan satu sindiket penipuan besar di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Australia lumpuhkan sindiket penipuan; timbalan pesuruhjaya turut terbabit

Police merampas aset termasuk wang tunai bernilai AU$15 million, dua pesawat, 18 hartanah dan 24 kereta mewah. (Gambar: AFP/WILLIAM WEST, WILLIAM WEST)

Diterbitkan : 18 May 2017 04:59PM Dikemas Kini : 18 May 2017 05:01PM

SYDNEY: Polis Australia melumpuhkan satu sindiket penipuan besar di negara itu.

Timbalan Pesuruhjaya Pejabat Cukai Australia dan anak lelakinya, di kalangan yang disyaki terbabit.

Polis menangkap sembilan orang dalam siri serbuan di rumah-rumah dan tempat perniagaan di merata wilayah New South Wales semalam (17 Mei).

Mereka dituduh cuba menipu kerajaan Australia dengan mengelakkan cukai berjumlah AU$123 juta (S$127 juta) dalam masa kurang satu tahun.

Harta-harta yang disita pihak berkuasa termasuk wang tunai AU$15 juta (S$16 juta) dua pesawat kecil, 18 hartanah, 24 kereta mewah dan vintaj, senjata api serta karya seni.

Kes ini dianggap sebagai salah satu jenayah terbesar kolar putih di Australia.

Timbalan Pesuruhjaya Pejabat Cukai Australia, Michael Cranston sudahpun dikenakan tuduhan menyalah gunakan kuasanya berkaitan kes ini.

Anak lelakinya pula, Adam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat perkhidmatan kewangan, didakwa menjadi dalang utama sindiket sembilan anggota itu.

Pihak berkuasa percaya penipuan ini dilakukan untuk membiayai gaya hidup mewah mereka. 

Sumber : AFP/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan