Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Britain sifatkan serangan London sebagai keji

Selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa darurat kerajaannya, Perdana Menteri Britian Theresa May menyifatkan serangan London sebagai perbuatan yang keji.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Mar 2017 12:59AM Dikemas Kini : 24 Mar 2017 01:38AM

LONDON: Selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa darurat kerajaannya, Perdana Menteri Britian Theresa May menyifatkan serangan London sebagai perbuatan yang keji.

Polis Britain sudah menyifatkan serangan di luar bangunan parlimen di London itu, yang meragut tiga nyawa dan mencederakan 29 yang lain, sebagai "serangan pelampau yang ada kaitan dengan pengganasan."

"Tempat serangan itu bukan satu kebetulan. Pengganas memilih untuk menyerang pusat ibu kota kita, di mana orang ramai dari pelbagai negara, agama dan budaya datang untuk meraikan nilai-nilai kebebasan, demokrasi dan kebebasan bersuara," kata Cik May.

"Di jalan-jalan di Wesminster ini terletak bangunan parlimen tertua di dunia yang tertanam semangat kebebasan yang turut bergema di tempat-tempat terpencil di penjuru dunia.

"Dan nilai-nilai parlimen kita yang mewakili - demokrasi, kebebasan, hak asasi manusia, undang-undang - dikagumi dan dihormati oleh orang-orang yang menyanjung kebebasan di merata dunia.

"Itulah sebabnya ia menjadi sasaran golongan yang menolak nilai-nilai itu. Namun biar saya jelaskan hari ini, seperti yang sudah saya lakukan sebelumnya, sebarang percubaan untuk menghancurkan nilai-nilai itu dengan cara keganasan, tidak akan pernah berjaya," ujarnya lagi. 

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan