Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PLUS kuat kuasa kutipan tol elektronik di semua lebuh raya mulai 26 April ini

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya di semua lebuh raya

Anggaran Waktu Membaca:
PLUS kuat kuasa kutipan tol elektronik di semua lebuh raya mulai 26 April ini

Lebuh Raya Utara-Selatan. (Gambar: AFP PHOTO/Ahmad YUSNI)

Diterbitkan : 24 Mar 2017 04:29PM Dikemas Kini : 24 Mar 2017 04:42PM

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya di semua lebuh raya kendaliannya mulai 26 April ini.

Pengarah Urusannya Datuk Azman Ismail berkata bermula tarikh itu pengguna perlu membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, Touch'n Go atau Smart Tag manakala tiada lagi urus niaga tunai.

Beliau berkata pelaksanaan itu melibatkan 71 plaza tol di antara Juru hingga Skudai dan merupakan kesinambungan inisiatif yang mula dilaksanakan secara berperingkat sejak 2008.

"Justeru kami menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan kad PLUSMiles atau Touch'n Go di mana-mana pusat khidmat pelanggan PLUS sebelum 26 April ini.

"Sistem ini jauh lebih pantas berbanding kaedah tunai dengan lorong Smart Tag mampu mengendalikan 1,000 urus niaga sejam manakala lorong Touch'n Go sebanyak 600 urus niaga sejam," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, buat masa ini ini 94 peratus daripada pengguna Lebuh Raya Utara Selatan dari Juru dan Skudai sudah menggunakan sistem pembayaran secara elektronik.

"PLUS juga akan sentiasa mengambil pelbagai langkah dalam membendung berlakunya sebarang gangguan terhadap sistem elektronik seperti yang pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan