Pesta Pizza tercetus di angkasa lepas kerana angkasawan Itali rindukan pizza!
Gambarannya sungguh menarik, apabila pizza melayang, terapung dan 'terbang'!
AMERIKA SYARIKAT: Gambarannya sungguh menarik, apabila pizza melayang, terapung dan 'terbang'!
Begitulah suasana pesta pizza yang pertama diadakan di luar bumi, iaitu di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.
Kakitangan stesen angkasa lepas ini membuat pizza sendiri selepas pengurus stesen cuba memberikan semangat kepada angkasawan Itali, Paolo Nespoli yang terlalu rindu dengan pizza.
Beliau terasa ingin memakan pizza selepas berada di angkasa selama lebih 100 hari. Seolah-olah jelas membuktikan bahawa orang Itali tidak boleh berpisah dengan pizza.
Selepas membuat pizza mereka sendiri, keenam-enam angkasawan bermain-main dengan pizza mereka seakan-akan "Frisbee" sebelum memanaskannya di dalam ketuhar.
Ada yang menyifatkan kepingan pizza yang berterbangan seperti piring terbang.
Yang pasti anda akan terpegun menyaksikan bagaimana para angkasawan itu bertukar menjadi cef-cef atau tukang masak dalam video berikut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.