Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peserta M'sia johan tilawah Quran peringkat antarabangsa

Peserta tilawah, Abdullah Fahmi Che Nor Shukri berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. 

Anggaran Waktu Membaca:
Peserta M'sia johan tilawah Quran peringkat antarabangsa

Abdullah Fahmi dinobatkan johan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-17 di Moscow. (Gambar: Majlis Tilawah Al-Quran Malaysia/Facebook)

Diterbitkan : 28 Sep 2016 12:30AM Dikemas Kini : 28 Sep 2016 05:20AM

SEPANG: Peserta tilawah, Abdullah Fahmi Che Nor Shukri berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Beliau dinobatkan johan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-17 yang diadakan di Moscow, Rusia.

Kemenangan Abdullah Fahmi, 32, sebagai juara adalah pencapaian tertinggi diraih wakil Malaysia sejak pertandingan tersebut dianjurkan.

Naib johan pula dimenangi oleh Yusuf Abdullah dari Yaman dan tempat ketiga dirangkul peserta Bahrain, Solah Ali Umar.

Pertandingan yang diadakan pada 22 hingga 25 September itu disertai wakil dari 30 negara termasuk Arab Saudi, Iraq, Iran, Bahrain dan Indonesia.

Bercakap kepada pemberita ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini (27 Sep), Encik Abdullah Fahmi berkata kemenangan yang diraih adalah sesuatu yang di luar jangkaan beliau.

(Gambar: Majlis Tilawah Al-Quran Malaysia)

"SAINGAN AGAK SENGIT"

"Bagi saya saingan agak sengit terutamanya peserta dari Yaman, Bahrain, Iran, Iraq dan Turki kerana rata-rata mereka mempunyai bacaan yang bagus dari segi tajwid dan kecantikan bacaan," katanya.

Beliau yang kini bertugas sebagai pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan juga merupakan peserta yang mendapat tempat kelima pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 yang lalu.

Encik Abdullah Fahmi membawa pulang hadiah wang tunai AS$5,000 (S$6,800) serta plak penghargaan dan sijil penyertaan.

Sumber : Bernama/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan