Images
  • mh370
    Gambar fail seorang pegawai yang dalam misi pencarian pesawat MH370. (Gambar: REUTERS/Rob Griffith/Pool/File Photo)

Pesawat MH370 besar kemungkinan berada di kawasan pencarian baru

AUSTRALIA: Satu analisis baru mengenai arah pergerakan serpihan-serpihan di lautan menunjukkan bahawa pesawat MH370 yang hilang, besar kemungkinan berada di kawasan pencarian baru yang disarankan tetapi ditolak oleh pihak berkuasa Malaysia dan Australia pada Januari lalu.

Analisis itu berdasarkan ujian yang dilakukan di lautan menggunakan satu flaperon sebenar pesawat Boeing 777.

Flaperon tersebut dipotong supaya sama dengan flaperon pesawat MAS itu yang ditemui di pulau Reunion di Afrika dalam tahun 2015.

Pada Disember tahun lalu, beberapa orang pakar mengenal pasti kawasan baru seluas 25,000 kilometer persegi sebagai kemungkinan tempat bangkai pesawat MH370 berada.

Kawasan itu terletak ke utara zon tempat pencarian dilakukan di bahagian selatan Lautan Hindi.

Namun Australia dan Malaysia menolak saranan itu atas alasan tidak tepat langsung.

- BERITAMediacorp/ru

Komen Anda?

Top
>