Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesawat AirAsia ke Bali menjunam 6,100 meter

Pesawat AirAsia yang menuju ke Bali dari Perth menjunam 20,000 kaki (6,100 meter) sejurus selepas berlepas pada pagi Ahad (15 Okt), mencetuskan ketakutan dalam kalangan penumpang, menurut laporan media Australia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Oct 2017 10:40AM Dikemas Kini : 16 Oct 2017 10:42PM

PERTH: Pesawat AirAsia yang menuju ke Bali dari Perth menjunam 20,000 kaki (6,100 meter) sejurus selepas berlepas pada pagi Ahad (15 Okt), mencetuskan ketakutan dalam kalangan penumpang, menurut laporan media Australia.

Pesawat QZ 535, yang membawa 145 penumpang dan anak kapal, dipaksa patah balik hanya 25 minit selepas ia berlepas.

Ini juga selepas juruterbang itu memaklumkan tentang tekanan kabin yang menurun, menurut The Sydney Morning Herald.

Ia menambah bahawa masalah teknikal turut menyebabkan kapal terbang itu menjunam dari 32,000 kaki (9,750 meter) ke 10,000 kaki (3,050 meter) tanpa sebarang amaran.

Para penumpang yang menaiki pesawat itu merakam video bagi keadaan tersebut, sedang pelitup oksigen diturunkan dan para penumpang memeluk erat orang-orang yang tersayang.

Penumpang lain dalam pesawat itu memberitahu Channel Nine bahawa mereka juga mengirimkan pesanan mesej kepada orang-orang tersayang, kerana bimbang akan menemui ajal.

Menurut ABC, juruterbang itu berpatah balik dan pasukan khidmat kecemasan diletakkan pada tahap bersedia di lapangan terbang Perth.

The Australian melaporkan bahawa keadaan huru-hara di ruang udara itu diburukkan lagi dengan pengumuman dalam pesawat yang tidak dibuat dalam bahasa Inggeris.

AirAsia meminta maaf atas insiden berkenaan dalam kenyataannya dan mendedahkan pesawat itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Perth pada 12.40 tengah hari waktu tempatan.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan