Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pertikaman lidah antara AS, Korea Utara semakin 'menjadi-jadi'

Pertikaman lidah antara Amerika Syarikat dan Korea Utara semakin menjadi-jadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Sep 2017 06:18PM Dikemas Kini : 24 Sep 2017 08:58PM

NEW YORK: Pertikaman lidah antara Amerika Syarikat dan Korea Utara semakin menjadi-jadi.

Dalam bidasannya terhadap komen Encik Trump baru-baru ini, Menteri Ehwal Luar Korea Utara Ri Yong Ho menyifatkan Encik Trump sebagai 'tidak waras'.

Ulasan itu dibuat semasa beliau sedang berucap di Perhimpunan Agung PBB.

Ia sebagai membalas komen Encik Trump yang melabelkan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sebagai 'Little Rocket Man'.

Encik Ri turut menuduh Encik Trump mengalami "megalomania," -sejenis penyakit mental yang menyebabkan seseorang berkhayal.

Beliau menambah ancaman Trump untuk memusnahkan Korea Utara menjadikannya sesuatu yang tidak dapat dielakkan jika peluru berpandu Korea Utara gugur di tanah besar Amerika.

Encik Ri berkata, Korea Utara tidak mungkin akan mengubah atau menggugurkan program senjata nuklearnya semata-mata sekatan lebih ketat dikenakan terhadapnya pada awal minggu ini.
 

Sumber : CNA/NT/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan