Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pertikaian sempadan Kemboja- Laos: Kedua-dua tentera diundurkan

Satu suruhanjaya sempadan dari kedua-dua negara kini akan memulakan tugasan selepas semua askar diundurkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Aug 2017 07:44PM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 09:54PM

KEMBOJA: Pertikaian sempadan antara Kemboja dengan Laos semakin tegang apabila tentera Kemboja mengerahkan askar-askarnya dekat dengan kawasan yang dipertikaikan dengan Laos, awal pagi tadi (12 Ogos).

Namun kedua-dua negara akhirnya bersetuju bagi Laos mengundurkan tenteranya.

Awal bulan ini, kerajaan Kemboja mendakwa 30 askar dari Laos memasuki wilayahnya meskipun diminta meninggalkan kawasan tersebut.

PM Hun Sen bergegas ke Laos hari ini bagi membincangkan isu pertikaian sempadan itu, bersama rakan sejawatannya dari Laos, Thongloun Sisoulith.

Dalam satu sidang media siang tadi, PM Thongloun berkata beliau mengarahkan pengunduran askar-askar Laos dari kawasan yang dipertikaikan menjelang pagi esok.

Beliau turut meminta maaf kerana tidak membalas surat daripada PM Hun Sen pada 2 Ogos lalu meminta agar askar-askar Laos itu diundurkan.

Laos pula menyeru Kemboja agar menghentikan tindakan membersihkan kawasan tersebut untuk membina jalan, dan membenarkan panel pemeriksaan dari kedua-dua buah negara.

Sebagai tindak balas, PM Kemboja juga mengarahkan pengunduran askar-askarnya daripada kawasan yang dipertikaikan.

Satu suruhanjaya sempadan dari kedua-dua negara kini akan memulakan tugasan selepas semua askar diundurkan.

Sumber : BERITA Mediacorp/AA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan