Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perkataan 'Tok Lebai' cetus kekecohan antara DAP dengan BN

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini (29 Mac) kecoh seketika apabila seorang anggota dari DAP mengeluarkan perkataan 'tok lebai' yang disifatkan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Perkataan 'Tok Lebai' cetus kekecohan antara DAP dengan BN

Gambar logo DAP. (GAMBAR: AFP PHOTO/Jimin LAI)

Diterbitkan : 29 Mar 2017 04:29PM Dikemas Kini : 29 Mar 2017 04:34PM

SHAH ALAM: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini (29 Mac) kecoh seketika apabila seorang anggota dari DAP mengeluarkan perkataan 'tok lebai' yang disifatkan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Encik Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, menyebut perkataan 'tok lebai' yang merujuk kepada individu tertentu yang menjadi punca ketidaktentuan ekonomi negara dan kejatuhan nilai ringgit.

Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) kemudian bangun mencelah dan menegur Encik Lau untuk tidak menggunakan perkataan itu lagi sebab ia seolah-olah menghina agama Islam.

"Dalam agama Islam, 'tok lebai' merujuk kepada agamawan, ahli cendekiawan agama dan paling tidak tok imam," katanya.

Namun, Encik Lau enggan menerima teguran Sulaiman sehingga menyebabkan kedua-dua wakil rakyat berkenaan bertikam lidah sebelum Timbalan Speaker DUN, Mohd Shafie Ngah meminta mereka duduk serta meminta Lau menarik semula perkataan itu. 

Encik Lau kemudian memohon maaf jika tindakan beliau itu menyinggung perasaan umat Islam.

Istilah 'tok lebai' menjadi popular selepas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun twitternya baru-baru ini merujuk seorang individu sebagai 'tok lebai' yang dikatakan bercita-cita hendak menawan Selangor.

"Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur," kata Datuk Seri Mohamed Azmin.  

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan