Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perkahwinan Diraja Johor ditayang secara langsung pada skrin gergasi

Orang awam boleh menonton acara perkahwinan Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim, dan pasangan Belandanya, Dennis Muhammad Abdullah, yang akan ditayangkan secara langsung di skrin gergasi pada Isnin depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Perkahwinan Diraja Johor ditayang secara langsung pada skrin gergasi

Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah bakal mengahwini Dennis Muhammad Abdullah pada 14 Ogos ini. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 11 Aug 2017 10:06PM Dikemas Kini : 11 Aug 2017 10:08PM

KUALA LUMPUR: Orang awam boleh menonton acara perkahwinan Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim, dan pasangan Belandanya, Dennis Muhammad Abdullah, yang akan ditayangkan secara langsung di skrin gergasi pada Isnin depan.

Upacara perkahwinan itu akan diadakan di dalam balai rong seri Istana Besar, namun acara tersebut hanya dibuka kepada tetamu undangan sahaja. Bagaimanapun proses perkahwinan akan ditayangkan pada dua skrin besar yang diletakkan di Dataran Bandaraya dan bangunan Majlis Bandaraya Johor Baharu yang terletak di ibu negeri, menurut laporan akhbar The Star.

Laporan itu menambah bahawa perayaan perkahwinan sudah bermula pada dua hari lalu dengan upacara yang dikenali sebagai Istiadat Meletak Kerja, di dalam istana.

Majlis yang berjalan selama sehari di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos itu dijadualkan bermula pada jam 10 pagi dengan upacara pertunangan, diikuti dengan upacara pernikahan dan bersanding yang akan dijalankan pada jam 8.00 malam.

Sumber : Agensi berita/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan