Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perbuatan "bodoh" 3 gadis di jalan raya menghala ke Genting Highlands cetus kemarahan

Tuga orang gadis yang kini ‘popular' setelah video-video tersebar, menunjukkan mereka menikmati angin sepoi-sepoi bahasa sambil separuh badan di luar tingkap kereta yang sedang bergerak.

Anggaran Waktu Membaca:
Perbuatan "bodoh" 3 gadis di jalan raya menghala ke Genting Highlands cetus kemarahan

Petikan gambar dari video.

Diterbitkan : 30 Aug 2016 01:10PM Dikemas Kini : 30 Aug 2016 01:14PM

PETALING JAYA: Duduk di tingkap kereta dengan separuh badan di bahagian luar kenderaan yang sedang bergerak adalah satu idea yang kurang bijak - lebih-lebih lagi di kawasan yang diketahui sering kali berlaku kemalangan seperti jalan raya yang menghala ke Genting Highlands.

Namun, itulah yang dilakukan oleh tiga orang gadis yang kini ‘popular' setelah video-video tersebar, menunjukkan mereka menikmati angin sepoi-sepoi bahasa sambil separuh badan di luar tingkap kereta Perodua Alza yang sedang bergerak, lapor The Sun.

Menerusi video seminit yang dimuat naik ke laman Facebook "Giin Yong" pada Ahad (28 Ogos).

Pemilik Facebook itu, Yong, adalah penumpang di dalam sebuah kereta di belakang kereta yang dinaiki ketiga-tiga gadis berkenaan dan beliau menyifatkan perbuatan mereka sebagai "menempah maut".

While on the way up to Genting Highlands yesterday late afternoon, we saw this group of young girls doing this ... It's beyond stupid and reckless. An accident waiting to happen ... smh *tsk* *tsk*

Posted by Giin Yong on  Saturday, 27 August 2016

Warga siber juga rata-rata marah dengan perbuatan gadis-gadis tersebut yang disifatkan sebagai "bodoh", menurut Free Malaysia Today.

Sebahagian daripada warga siber mengatakan bahawa ketiga-tiga gadis itu bukan sahaja membahayakan nyawa mereka sendiri malah nyawa para pengguna jalan raya yang lain, lapor laman Free Malaysia Today.

Belum jelas sama ada terdapat sebarang aduan polis dibuat berhubung insiden tersebut atau pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas ketiga-tiga gadis berkenaan memandangkan mereka tidak memakai tali pinggang, melanggar undang-undang.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan