Images
  • paris police
    Polis mengawal kawasan Champs Elysees Avenue di Paris, Perancis. (Gambar: REUTERS/Christian Hartmann)

Perancis bincangkan ancaman keselamatan jelang Pilihan Raya Ahad ini

PARIS: Presiden Perancis Francois Hollande akan mempengerusikan mesyuarat kabinet pertahanannya untuk membincangkan ancaman keselamatan di negara itu semasa Pilihan Raya Presiden pada Ahad ini (23 Apr).

Ini menyusuli satu lagi serangan pengganas di negara itu, di pusat ibu kota Paris, malam semalam meskipun Perancis diletakkan dalam keadaan darurat sejak tahun 2015.

Kumpulan pengganas ISIS mendakwa serangan maut di kawasan terkenal Champs Elysees dilakukan oleh seorang anggotanya.

Dalam keganasan itu, seorang anggota polis terbunuh dan dua lagi cedera apabila seorang lelaki yang bersenjatakan senapang Kalashikov melepaskan tembakan ke arah sebuah bas polis.

Penembaknya juga terbunuh di tempat kejadian apabila anggota polis membalas tembakannya tetapi polis masih mencari seorang lagi lelaki.

Pihak berkuasa Perancis belum mendedahkan identiti penembak itu.

Bagaimanapun pihak media menyatakan, lelaki tersebut ialah Karim Cheurfi, 39 tahun.

ISIS pula menyebut nama lelaki Belgium itu sebagai Abu Yousif.

Pihak media menyatakan penembak itu memang disyaki pengganas dan disiasat perkhidmatan risik Perancis.

Dalam tahun 2001 Cheurfi didapati bersalah menyerang seorang anggota polis.

Sumber-sumber polis pula menyatakan Cheurfi pernah ditangkap pada Februari lalu kerana disyaki merancang untuk membunuh pegawai-pegawai polis.

Namun dia terpaksa dibebaskan kerana kurang bukti.

- BERITAMediacorp/ru

Komen Anda?

Top
>