Penyu yang telan 915 duit syiling koma setelah dibedah
Seekor penyu betina berusia 25 tahun di Thailand kini dalam keadaan koma, setelah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan 915 keping duit syiling dari perutnya awal bulan ini.
BANGKOK: Seekor penyu betina berusia 25 tahun di Thailand kini dalam keadaan koma, setelah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan 915 keping duit syiling dari perutnya awal bulan ini.
Penyu berwarna hijau bernama Omsin itu, yang bermaksud "tabung" dalam bahasa Thai, sebelum ini sukar berenang secara normal setelah menelan 5 kilogram duit syiling yang dilontarkan para pengunjung ke dalam kolamnya untuk mengharapkan tuah yang lebih baik.
Para doktor haiwan bersiap sedia membedah perut penyu bernama Omsin pada 6 Mac 2017. (Gambar: Chulalongkorn University/Handout via REUTERS)
Omsin menjalani pembedahan selama tujuh jam awal bulan ini, namun para warga Thai semakin bimbang setelah penyu itu dikejarkan ke unit jagaan rapi pada malam semalam.
"Ia dalam keadaan koma dan bernafas dengan amat perlahan," kata salah seorang doktor haiwan yang sedang menjaga Omsin kepada Reuters.
"Ia ada peluang untuk hidup jika ia terus bertahan malam ini."
Duit-duit syiling yang dikeluarkan dari perut penyu bernam Omsin. (Gambar: REUTERS/Athit Perawongmetha)
Nantarika Chansue, dari fakulti sains veterinar Universiti Chulalongkorn, menggesa orang ramai berdoa untuk Omsin dalam satu catatan di Facebook hari ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.