Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penyiasat: Tiada bukti pengganasan terlibat dalam nahas QZ8501

Pasukan penyiasat berkata tiada bukti ditemui sejauh ini yang menunjukkan pengganasan terlibat dalam nahas pesawat AirAsia QZ8501.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyiasat: Tiada bukti pengganasan terlibat dalam nahas QZ8501

Bahagian pesawat AirAsia QZ8501 di sebuah kapal di pelabuhan Kumai, Indonesia. (Gambar: AP/Achmad Ibrahim)

Diterbitkan : 19 Jan 2015 07:20PM Dikemas Kini : 20 Jan 2015 05:00PM

JAKARTA: Pasukan penyiasat berkata tiada bukti ditemui sejauh ini yang menunjukkan pengganasan terlibat dalam nahas pesawat AirAsia QZ8501.

Encik Andreas Hananto memberitahu agensi berita Reuters pasukan 10 penyiasat dari Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia (KNKT) tidak menjumpai sebarang ancaman dalam rakaman suara kokpit QZ8501, yang membuktikan perbuatan khianat terlibat dalam tragedi tersebut.

Pesawat QZ8501 terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu, ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, dengan membawa 162 penumpang dan kru. Tiada seorang pun yang terselamat dalam kejadian itu.

Encik Hananto berkata: "Rakaman (suara kokpit) memberi gambaran bahawa juruterbang sibuk mengendalikan penerbangan pesawat itu."

Para penyiasat berkata mereka sudah mendengar keseluruhan rakaman kotak hitam tersebut, namun hanya menterjermah setengah daripada rakaman itu.

Seorang lagi penyiasat, Encik Nurcahyo Utomo, berkata: "Kami tidak mendengar suara sesiapa selain suara juruterbang. Kami tidak mendengar bunyi tembakan atau letupan. Justeru, berdasarkan (apa yang kami dengar ini), kami boleh menolak kemungkinan pengganasan (terlibat dalam nahas AirAsia)."

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan