Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penyanyi Arab Saudi ditangkap kerana "dabbing"

Seorang penyanyi terkenal ditangkap kerana melakukan "dabbing" sewaktu konsert di barat daya Arab Saudi, menurut laporan BBC.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Arab Saudi ditangkap kerana "dabbing"

Gambar fail seseorang digari. (Gambar/TODAY)

Diterbitkan : 12 Aug 2017 08:46PM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 08:50PM

RIYADH: Seorang penyanyi terkenal ditangkap kerana melakukan "dabbing" sewaktu konsert di barat daya Arab Saudi, menurut laporan BBC.

Abdallah Al Shahani, seorang hos televisyen, pelakon, dan warga Saudi, melakukan gerak tarian tersebut melibatkan seseorang yang meletakkan kepala setelah melengkukkan lengan, di sebuah festival muzik di bandar Taif pada hujung minggu.

Dabbing diharamkan di sebuah yang konservatif itu di mana pihak berkuasa menganggapnya sebagai satu ikutan kepada budaya narkotik. Video Al Shahani menjadi popular di media sosial dan beribu-ribu orang membuat "tweet" tentang kejadian itu.

'Dabbing' difahamkan berasal dari adegan hip-hop di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat, sekitar dua tahun lalu, namun ia menjadi popular apabila selebriti, atlit dan ahli politik termasuk Hillary Clinton dan Paul Ryan mula melakukan pergerakan itu.

Laporan itu menambah bahawa Suruhanjaya Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri Saudi untuk Melawan Dadah baru-baru ini mengharamkan langkah itu kerana mereka menganggap bahawa ianya merujuk kepada penggunaan ganja.

Sebuah poster yang dikeluarkan oleh kementerian tersebut memberikan peringatan tentang 'dabbing' dengan memberi amaran kepada "orang tentang bahaya 'dabbing' ini pada belia dan masyarakat, dan amaran terhadap mereka yang menirunya".

Kurang jelas sama ada Encik Al Shahani merancang untuk melakukan 'dabbing' atau beliau terbawa-bawa apabila beliau membuat persembahan.

Penyanyi itu dikatakan sudah meminta maaf di akaun Twitter pada Selasa dengan menulis: "Saya memohon maaf kepada kerajaan kita yang dihormati dan penonton saya kerana dengan tidak sengaja dan secara spontan membuat gerak tari itu di festival Taif. Harap maafkan saya."

RESPONS PENGGUNA MEDIA SOSIAL TENTANG 'DABBING' AL SHAHANI

Seorang pengguna Twitter, @honest_very, mengatakan bahawa kelakuan Encik Al Shahani adalah provokatif.

"Walaupun pihak berkuasa anti-dadah mengharamkan langkah ini dan memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukannya, peserta ini mempromosikannya pada pesta awam!!! Adakah dia fikir dia mencabar pihak berkuasa dengan tindakan ini?"

Namun, terdapat beberapa pengguna yang menyokong Al-Shahani, salah seorang daripadanya ialah @TDouHKejhaQbxdu:

"Ini hanya satu langkah spontan, dia sudah meminta maaf kepada rakyat dan kerajaan dan anda masih ingin tidak puas hati dengannya?"

Bagaimanapun, BBC melaporkan bahawa ini bukan kali pertama selebriti Arab Saudi melakukan 'dab'.

Para pengguna media sosial mengatakan bahawa penyanyi Rabeh Sager kerap melakukan langkah kontroversial sewaktu melakukan persembahannya.
 

Sumber : Agensi berita/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan