Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penuntut warga Bangladesh ditahan selepas edar dadah di universiti KL

Seorang penuntut lelaki warga Bangladesh ditahan pada Ahad (10 Dis) setelah dipercayai aktif melakukan kegiatan pengedaran dadah jenis ganja di sebuah universiti swasta di Semenyih.

Anggaran Waktu Membaca:
Penuntut warga Bangladesh ditahan selepas edar dadah di universiti KL

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 12 Dec 2017 04:18PM Dikemas Kini : 12 Dec 2017 04:21PM

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut lelaki warga Bangladesh ditahan pada Ahad (10 Dis) setelah dipercayai aktif melakukan kegiatan pengedaran dadah jenis ganja di sebuah universiti swasta di Semenyih.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di universiti tersebut sekitar 4.00 petang oleh anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Hasil siasatan, anggota polis dikerahkan ke asramanya dan ini membawa kepada penemuan serta rampasan dadah  bernilai sekitar RM12,000 (S$3,970), antaranya empat ketulan mampat disyaki Cannabis (ganja) dan satu paket ganja, katanya.

“Suspek dipercayai aktif melakukan pengedaran dadah sejak dua tahun lepas dan menyasarkan rakan seuniversiti sebagai pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Encik Ahmad Dzaffir berkata pelajar Sarjana Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik itu mula belajar di universiti berkenaan sejak 2014 dan dijangka menamatkan pengajiannya pada 2019.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan