Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penumpang tikam pemandu bas gara-gara ditinggalkan semasa ke tandas

Seorang pemandu bas cedera ditikam penumpang yang dipercayai berang setelah ditinggalkan kenderaan awam itu di Stesen Bas Shahab Perdana di Alor Setar, Kedah sebelum meneruskan perjalanan ke Stesen Bas Ekspres di Jalan Bukit Lagi hari ini (16 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Penumpang tikam pemandu bas gara-gara ditinggalkan semasa ke tandas

Gambar hiasan seorang wanita di dalam bas. (Gambar: MANAN VATSYAYANA / AFP)

Diterbitkan : 16 Nov 2017 10:37PM Dikemas Kini : 16 Nov 2017 11:57PM

KANGAR: Seorang pemandu bas cedera ditikam penumpang yang dipercayai berang setelah ditinggalkan kenderaan awam itu di Stesen Bas Shahab Perdana di Alor Setar, Kedah sebelum meneruskan perjalanan ke Stesen Bas Ekspres di Jalan Bukit Lagi hari ini (16 Nov).

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata dalam kejadian 11.02 pagi itu, suspek dikatakan turun dari bas untuk ke tandas semasa ia berhenti di Stesen Bas Shahab Perdana, namun setelah kembali, dia mendapati kenderaan itu sudah bertolak ke Kangar.

"Kemudian suspek bertindak marah di kaunter bas sebelum menyewa sebuah teksi untuk ke Kangar," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata sebaik tiba di stesen bas Kangar, suspek meluru masuk ke dalam bas yang dipandu oleh mangsa berumur 33 tahun, melalui pintu hadapan dan terus menikam mangsa di bahagian bahu kiri. 

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Fauziah untuk mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang, setelah doktor mengesahkan tiada kecederaan serius selain mengalami luka tikaman sedalam tiga sentimeter, katanya. 

Susulan kejadian itu katanya polis merampas sebilah pisau, sehelai kemeja-T berkolar warna hijau serta satu beg pakaian, manakala polis masih mengesan suspek yang sudah dikenal pasti.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan