Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Penumpang' ini tidak bayar tiket, tetapi mahu naik kereta api!

Kereta api kian menjadi kenderaan yang sering dinaiki penumpang di sekeliling dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
'Penumpang' ini tidak bayar tiket, tetapi mahu naik kereta api!

(Gambar: Petikan skrin dari video The GenX Times/YouTube)

Diterbitkan : 13 Sep 2017 08:54PM Dikemas Kini : 13 Sep 2017 09:03PM

DELHI: Kereta api kian menjadi kenderaan yang sering dinaiki penumpang di sekeliling dunia.

Malah, seringkali, menaiki kereta api juga merupakan cara paling pantas untuk sampai ke destinasi.

Mungkin itu jugalah yang berada di fikiran 'penumpang' istimewa di sebuah kereta api Delhi ini - seekor monyet!

Keadaannya dalam kereta api tersebut berubah menjadi luar biasa, seperti ditukil Indian Express, apabila seekor monyet memasuki gerabak kereta api, sambil melompat-lompat dan meneroka kenderaan itu.

Sebuah klip video sepanjang 18 saat juga disebarkan di internet di mana seluruh insiden itu dirakam.

Para penumpang juga kelihatan tercuit hati dengan insiden itu, menurut Indian Express.

Malah, seperti dipetik Indian Express, salah seorang daripadanya juga kedengaran berseloroh "Ia melakukan perjalanan tanpa tiket!"

Bagaimanapun ini bukanlah kali pertama kejadian seperti ini berlaku di India.

Dalam satu video yang dimuat naik ke YouTube enam tahun lalu, seekor monyet turut dilihat menaiki kereta api.

Monyet itu malah kelihatan tidak takut dengan suasana dalam kereta api dan pada satu ketika duduk seperti seorang penumpang biasa.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan