Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penulis buku jenayah ditangkap; disyaki lakukan pembunuhan 22 tahun lalu

Pihak berkuasa memberitahu The Paper, sebuah akhbar China, bahawa Liu memberi komen semasa tangannya digari: "Saya sudah lama menunggu kamu."

Anggaran Waktu Membaca:
Penulis buku jenayah ditangkap; disyaki lakukan pembunuhan 22 tahun lalu

Gambar fail gari polis. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Aug 2017 10:53PM Dikemas Kini : 19 Aug 2017 10:54PM

BEIJING: Kisah rekaan menjadi realiti. Itulah yang dialami penulis cerita jenayah China yang pernah memenangi pelbagai anugerah.

Ini kerana dia ditangkap baru-baru ini berhubung kes pembunuhan empat mangsa yang berlaku lebih 20 tahun lalu.

Selama 22 tahun, polis di timur wilayah Zhejiang cuba menghuraikan kes jenayah di mana sebuah keluarga maut dalam rumah tetamu yang diuruskan mereka.

Mereka menyenaraikan ramai suspek yang disyaki dan bukti namun hanya pada awal bulan ini mendapat tahu mungkin jawapannya terletak di kedai buku tempatan.

Menurut satu kenyataan media, Liu Yongbiao, seorang penulis berusia 53 tahun, ditangkap minggu lalu di rumahnya yang terletak di wilayah bersebelahan, Anhui.

Dia ditangkap dengan seorang lagi penduduk kampung yang bernama Wang.

Mereka sudah dikenakan dakwaan dan mengaku melakukan pembunuhan itu.

Pihak berkuasa memberitahu The Paper, sebuah akhbar China, bahawa Liu memberi komen semasa tangannya digari: "Saya sudah lama menunggu kamu."

Dalam novel popularnya "The Guilty Secret", menurut The Paper, penulis itu mendedahkan bagaimana dia berpakat dengan seorang pakar kata untuk melakukan satu siri pembunuhan tetapi tidak pernah ditangkap.

Menurut laporan berkenaan juga, buku terbarunya dirancang untuk diberikan judul: "The Beautiful Writer Who Killed". 

Sumber : AFP/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan