Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penonton disajikan paparan Masjidil Haram dalam dokumentari September ini

Kosnya pula menelan belanja S$270,000. Penerbit eksekutif filem itu ialah Abdulelah Al-Ahmary, yang juga mengendalikan syarikat penerbitan Arabian Pictures. 

Anggaran Waktu Membaca:
Penonton disajikan paparan Masjidil Haram dalam dokumentari September ini

Masjidil Haram, Makkah. (Gambar: AMER HILABI / AFP)

Diterbitkan : 12 Aug 2017 10:56PM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 11:00PM

JEDDAH: Satu dokumentari berjudul "One Day in the Haram", yang menceritakan secara terperinci suasana di Masjidil Haram di Makkah dari kacamata para pekerja dan ulama, bakal ditayangkan bulan September ini.

Filem hasil karya penulis, penerbit dan pengarah Britain Abrar Hussain - bakal menjadi projek media terbesar mengenai Masjidil Haram sejauh ini.

Treler rasmi filem berkenaan yang dimuat naik di YouTube minggu lalu kini menjadi viral.

"Filem itu direka bagi memikat para penonton bukan Islam demi menunjukkan kepada mereka betapa penting bandar Makkah itu sendiri," kata Hussain kepada laman Arab News.

"Kami mahu memaparkan Makkah kerana amat penting untuk menunjukkan keindahan Islam (supaya) mereka yang bukan Islam boleh berkata 'Baiklah, jadi begini indah dan aman rupanya agama ini'."

Tambah Hussain lagi: "Kami mahu menyampaikan mesej ini kepada seberapa ramai yang boleh terutama sekali di Barat. Selepas pesta-pesta filem, kami akan berbincang dengan Netflix dan pelbagai stesen TV untuk menayangkannya."

Masjidil Haram adalah masjid terbesar di dunia dan juga di mana terletaknya Kaabah.

Menurut Arab News, terdapat banyak filem mengenai masjid itu dari sudut pandangan para jemaah dan pengunjung tetapi tidak pernah menceritakan kehidupan seharian para pekerja masjid tersebut.

Hussain berkata bahawa beliau mahu menunjukkan bagaimana masjid itu dikendalikan dengan berjaya, betapa teraturnya jabatan-jabatan dan bagaimana serius para pekerja yang menjalankan tugasan mereka.

Projek itu sangat mencabar kerana Masjidil Haram tidak pernah kosong dengan jemaah, kata Hussain yang ditukil Arab News.

Beliau mengambil masa setahun untuk membuat kajian sebelum dapat memulakan rakaman kerana dokumentari itu "sangat terperinci".

Kosnya pula menelan belanja S$270,000. Penerbit eksekutif filem itu ialah Abdulelah Al-Ahmary, yang juga mengendalikan syarikat penerbitan Arabian Pictures.

Filem tersebut akan ditayangkan di Makkah pada bulan September tetapi tarikh tepatnya belum lagi diumumkan. 

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan