Images
  • Prison Indonesia
    (Gambar fail: REUTERS)

'Penjara Terbuka' pertama Indonesia dibina di Java

BANTEN: Pemerintah Indonesia merancang untuk membina sebuah penjara terbuka di kawasan seluas 30 hektar di Banten di mana beribu-ribu banduan dijangka hampir tamat tempoh penjara masing-masing, kata seorang pegawai kementerian semalam (11 Okt).

Penjara terbuka seluas itu bakal menjadi yang pertama di negara tersebut dan pembinaan "kem terbuka" di kampung Ciangir di Tangerang itu dijangka siap dalam masa dua tahun.

Penjara terbuka berkenaan akan dapat menampung sehingga 5,000 banduan yang dijangka dibebaskan dalam masa beberapa bulan mendatang.

Para banduan perlu menjalani penilaian sebelum dipindahkan ke lokasi baru itu. Banduan yang dianggap "berisiko rendah" akan layak dipindahkan, kata Menteri Kehakiman dan Hak Asasi Manusia Yasonna Laoly.

Kompleks bagi banduan dan pegawai penjara, termasuk tempat ibadat, dewan-dewan perhimpunan, bilik-bilik sukan dan taman-taman akan dibina di pekarangan penjara terbuka itu.

"Matlamat kami adalah untuk mengubah pendekatan kami terhadap para banduan," kata Encik Yasonna.

Pemangku Ketua Pengarah Penjara bagi kementerian itu, Encik Ma'mun, turut mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 500 pegawai akan mengawal penjara "tahap keselamatan minimum" itu dan juga mencegah ancaman keselamatan.

 

- JAKARTA GLOBE/SM/sm

Komen Anda?

Top